Wednesday, 30 April 2014

Meal Shake membantu perkembangan anak anda

Mealshake...pemakanan tambahan paling popular di kalangan ibu2 yang mempunyai anak picky eater. kenapa Mealshake popular? Sebab utama adalah ibu-ibu dah hilang satu beban. 

Beban nak fikir apa lagi patut dibuat bila anak susah nak makan, perkembangan anak slow ataupun berat badan tak naik-naik. Apakah mealshake dan bagaimana mealshake boleh menjadi pencetus selera makan anak2 sekaligus meningkatkan perkembangan mereka? Boleh rujuk entri saya di sini untuk bacaan lanjut :)
1 canister = 544 gm
1 sudu sahaja sehari (dewasa) & 1 sudu teh (kanak-kanak) . Boleh dicampur dengan mana2feberet drink anda. Sangat mudah nk sediakan..Buat ice blended pun best!

Selain pencetus selera anak2..MEALSHAKE punya banyak lagi kebaikan.

Pertama, untuk kecantikan kulit. Mealshake kaya dengan protin yang menyihatkan sel-sel dan lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral penting untuk perkembangan kulit yang sihat.Kenapa protin penting? Saya senaraikan kepentingannya secara ringkas di bawah
  1. protein berfungsi untuk membina sel baru dan menggantikan sel rosak atau sel yang telah mati
  2. protein  digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot. 
  3. protein  berfungsi untuk mensintesis hormon bagi koordinasi badan
  4. protein  digunakan untuk mensintesiskan antibodi bagi pertahanan badan.
Kulit yang cantik bermula daripada sel yang sihat. Jika sel telah mati atau rosak tidak diganti, itulah penyebab kepada kulit kusam. Selain protin, mealshake juga mengandungi bcomplex, irondan copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus meningkatkan warna kulitdan menjadikan kulit kelihatan lebih bertenaga. 

Kedua, untuk mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.Untuk satu bahagian mealshake, terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit. 

Ketigauntuk antioksida. Disebabkan mealshake mengandungi vitamin A, C, E, selenium, maka keperluan antioksida juga boleh diperolehi daripada mealshake. Antioksida penting bila mana badan kita mempunyai radikal bebas. Antioksida la yang menjadi senjata untuk combat with radical bebas tuSiapa yang boleh menjamin dalam badannya tiada langsung radicalbebas? Saya yakin tiada!

Keempat, untuk bantu anak lebih fokus. Kenapakerana Mealshake mengandungi 12 vitaminpenting. Untuk setiap satu hidangan, kita akan mendapatkan, 25% vitamin A, 30 % vitamin B6, 20% vitamin B12, 30 % vitamin C, 10% vitamin D, 35% vitamin E, 30% daripada thiamin, 10% riboflavin, 35% niacin, 35% folat, biotin 35% dan 30% asid pantotenat. Itu bahagian vitamin, bagaimana pula dengan kandungan mineral? 
Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, kita akan mendapat  20% kalsium, 35% daripada besi, 15% daripada fosforus, 25%s daripadamagnesium, 30 % zinc, 35% daripada selenium, 35% copper, 35% manganese dan 35%molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium
Jadi anak-anak dan remaja yang sedang membesar sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap agar minda mereka dapat berkembang dengan lebih baik. 

Testimoni anak zu sendiri Nurin Liyana... selera makan bertambah-tambah. Dulu dukung badan ringan jer.. sekarang tak boleh dukung lama-lama dah terasa peningkatan berat badannya. Dulu pernah doktor pediatrik tegur kenapa kecil mcm budak tak sampai setahun padahal umur dah 1 tahun 6 bulan dah. Sembelit tak yah cakap kesian sangat tengok die setiap kali nak membuang menjerit-jerit. Alhamdulillah sekarang semakin lawas.





Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal

Sunday, 27 April 2014

Risiko Penyakit Berjangkit Mers-COV


Ibadat haji memerlukan tahap fizikal dan mental yang optimum, persediaan ini amat penting dalam menghadapi perbezaan suasana di Mekah berbanding di Malaysia. Dari tahun ke tahun, cabaran yang akan dihadapi mungkin berbeza daripada segi cuaca, suasana dan keadaan semasa.
Cabaran menghadapi penyakit berjangkit terutama ketika musim haji yang menghimpunkan jutaan umat Islam dari serata dunia, juga tidak kurang hebatnya. Umpamanya pada 2003, wabak Seevere Acute Respiratory Syndrome (SARS) yang menggemparkan dan wabak Pandemik Swine Flu (H1N1) yang melanda dunia pada 2009 turut memberi kesan kepada jemaah haji seluruh dunia. Manakala, pada tahuh 2012, Pertubuhan Kesihatan Sunia (WHO) melaporkan kes jangkitan virus yang dinamakan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS-CoV) yang dahulunya dikenali sebagai Novel Coronavirus telah dikesan dari negara-negara di Asia Barat.
Persediaan sebelum berangkat
  1. Sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik, khasnya yang berpenyakit kronik seperti asma, penyakit salur pernafasan tersekat kronik (COPD), sakit jantung, diabetes dan lain-lain.

    Kerajaan Arab Saudi mencadangkan agar bakal jemaah haji warga emas dan yang mempunyai penyakit kronik menangguhkan pemergian.
  1. Mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur atau mempunyai penyakit kronik dan mengikut nasihat pegawai perubatan.
     
  2. Membawa bekalan penutup mulut dan hidung (mask) yang mencukupi dan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan sendiri semasa berada di Mekah dan dalam kapal terbang.

4.  Sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai wabak ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil dari     semasa ke semasa.
 
Pencegahan di Mekah
  1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.
     
  2. Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut seta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.
     
  3. Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.
     
  4. Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.
     
  5. Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.
     
  6. Mengelak minum air tidak terawat.
     
  7. Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera.
Secara amnya, semua bakal haji mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV ini. Lantas, sebagai salah satu ikhtiar, semua bakal haji dan kakitangan Tabung Haji yang bertugas di sana mestilah mengambil langkah yang dinyatakan di atas. Di samping itu, berdoa ke hadrat Allah SWT supaya bebas daripada jangkitan.

Sumber : Utusan Malaysia, 26 Julai 2013

Adakah pembedahan caesarean selamat, berbanding kelahiran biasa?



Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda. 

Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat. 



Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda. 

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:
  • mempunyai berat badan berlebihan atau obes;
  • pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
  • mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

Jika anda telahpun melalui proses cetusan(induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan. 

Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, anda dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean.

Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?

Kesakitan
Keburukan utama pembedahan caesareanialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan. 

Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. 

Jangkitan 

Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:
  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis ataucatheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Darah beku
Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:
  • batuk;
  • sesak nafas;
  • kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.

Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean. 

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku. 

Lekatan 
Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean. 

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya. 

Pembiusan 

Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:
  • sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
  • kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.

Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?

Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:
  • Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  • Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  • Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.

Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.

Apakah risiko caesarean kepada bayi saya?

Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih. 

Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:
  • bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean;
  • bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.

Adakah caesarean akan memberi kesan terhadap kehamilan seterusnya?

Kemungkinannya memang ada. Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang. Bacalah artikel kami mengenai kelahiran secara normal selepas caesarean (vaginal birth after caesarean- VBAC) untuk maklumat lanjut. 

Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa(plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang. 

Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterin (uterine rupture). Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.

Apakah yang perlu saya ketahui selepas saya menjalani pembedahan caesarean?

Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan selepas pembedahan caesarean. Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran anda. Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama. 

Jika anda mahu memberi bayi susu badan, penting bagi anda mendapat pertolongan dari awal lagi. Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk anda berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal. 

Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu anda dan bayi memulakannya secepat mungkin.

Apakah pula kelebihan caesarean?

Kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda tahu bila bayi akan dilahirkan. Walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuk:
  • Kesakitan daripada calar dan jahitan pada bahagian di antara faraj dan dubur (perineum).
  • Kebocoran air kencing, sewaktu bahagian di sekitar faraj anda sedang dalam proses penyembuhan.

Bagi jangka panjang, kelahiran melalui caesarean mungkin dapat mengurangkan risiko kecil rahim anda jatuh (prolaps). Namun, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah prolaps di masa akan datang. Faktor-faktor ini termasuk:
  • jenis kelahiran normal yang pernah anda alami;
  • jumlah bayi yang anda lahirkan;
  • samada ibu atau adik-beradik perempuan anda mengalami prolaps;
  • samada berat badan anda berlebihan;
  • samada anda sering sembelit.

Kehamilan itu sendiri boleh menyebabkan lantai pelvis anda menjadi lemah. Ini boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti inkontinens (hilang kawalan kencing) pada masa akan datang. Oleh itu, anda masih perlu melakukan senaman lantai pelvis

JADI YANG MANAKAH SATU SET BERPANTANG YANG PALING SESUAI UNTUK KELAHIRAN SECARA PEMBEDAHAN???
Ini adalah kriteria yg perlu anda pilih

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee
klik disini untuk keterangan lanjut

Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal

Saturday, 26 April 2014

TINGGALKAN PARACETEMOL

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
nutriferon shaklee Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan.
Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.
Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema

Bagaimana Nutriferon bertindak?
NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.
Insan disebalik kajian selama 40 tahun, DR. YASUHIKO KOJIMA:
Dr. Kojima Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE


Wednesday, 23 April 2014

Testimoni Set Kesuburan


Assalamualaikum dan selamat pagi  ada testimoni FRESH set kesuburan TERBAIK!!!
baru cuba set kesuburan 2 bulan dah dapat keputusan positif


Penyakit Asma dikalangan kanak-kanak



Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.


Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.



Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang. Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari. Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.``Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung. "Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma,'' katanya. Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan. Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.


Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.
Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.
GEJALA 
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari. Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.


PUNCA ASMA
Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

KOMPLIKASI
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.


SALAH FAHAM MENGENAI ASMA
Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia)
- Asma bukan penyakit berjangkit
- Asma sukar dirawat
- Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
- Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.

Menguji tahap asma Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
  • Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada kerana asma selama empat hari atau lebih dalam seminggu?
  • Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada ketika anda terjaga  pada waktu malam?
  • Adakah anda berhenti melakukan senaman kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
  • Adakah anda menggunakan ubat sedutan empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya' pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal.Berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk memastikan asma anda tidak merebak.



"MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA"


BAGAIMANA OMEGA 3 MEMBANTU MENCEGAH & MENGURANGKAN SERANGAN ASMA BAGI YG MENGHIDAPNYA?“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).
“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Antara ubatan yg biasa dicdgkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tp kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang. For info, kandungan omega 3 mampu bertindak spt steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard membantu meredakan inflamasi.


MENGAPA OMEGA GUARD SHAKLEE LEBIH BAIK BERBANDING MINYAK IKAN LAIN?1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

3. 50% lebih pekat dari mana2 produk di pasaran


 
KESIMPULAN KELEBIHAN OMEGA GUARD Shaklee

♥ Minyak ikan yg terbaik di dunia
♥ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies)
♥ Bukan dari hati minyak ikan seperti kebanyakan Omega di pasaran
♥ Sgt berbeza dengan produk Omega di pasaran kerana OMEGA GUARD Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia
♥ yg mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulaja
di termasuklah EPA, DHA, ALA & byk lagi..
♥ Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asil lemak Omega 3 yg paling tulen & paling semulajadi
♥ proses ini jg menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin & PCB(polychlorinated biphenyl- merupakan bhn kimia industri yg sgt toksik) yg telah melekat pd ikan akibat pencemaran

Macam2 Omega terdapat di pasaran..tp, tiada lagi produk di pasaran yg mampu mengasingkan minyak ikan Omega seperti yg dilakukan oleh Shaklee supaya semulajadinya alam tetap terpelihara utk kebaikan manusia.. 






 
 
Hubungi zu untuk konsultasi percuma


TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal


CAL MAG D

Satu Cal Mag D Plus mempunyai lebih vitamin D berbanding tiga cawan susu diperkuat, yang membantu anda mendapatkan kalsium harian an...