Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.
Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.
Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.
Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita ikuti wawancara bersama akhbar sinar Harian
“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.
“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,”
Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.
“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?
“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.
Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.
“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?
“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.
Jom kita jadikan inspirasi dengan kata-kata Prof Dr Muhaya. Jadikan diri kita sentiasa lebih positif dan dapat meningkatkan pendapatan taraf hidup kita. Jangan kita buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Masa yg ada kita gunakan sebaiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CAL MAG D
Satu Cal Mag D Plus mempunyai lebih vitamin D berbanding tiga cawan susu diperkuat, yang membantu anda mendapatkan kalsium harian an...

-
Assalamualaikum dan selamat pagi... Hari ni zu masih lagi mengganti puasa yg tinggal sikit ni. Almaklumlah bersalin pada hari ke 2 Ramadh...
-
Satu Cal Mag D Plus mempunyai lebih vitamin D berbanding tiga cawan susu diperkuat, yang membantu anda mendapatkan kalsium harian an...
-
Semakin meningkat usia kita semakin goyah sendi-sendi kita. Sakit lutut adalah sakit sendi yang sering dialami oleh pelbagai lapisan umur...
No comments:
Post a Comment